PERSATUAN USAHAWAN SENIBUDAYA MALAYSIA

SIAPAKAH YANG LAYAK MENJADI AHLI?

1. Perniagaan perlu berdaftar dengan SSM

2. Ekuiti sekurang-kurangnya 50% milik rakyat Malaysia.

3. Ahli yang tergolong dalam 2 kategori (tidak tertakluk kepada senarai sahaja), iaitu: Seni Budaya atau Rantaian Bekalan

KEISTIMEWAAN KEAHLIAN

Jika anda tidak menyertai DONRIZZAD, perniagaan anda tidak akan dijumpai!

Lebih banyak jaringan, lebih banyak silang niaga

Direktori Perniagaan

Perniagaan anda akan disenaraikan di dalam Direktori DONRIZZAD dan mudah dicari oleh pelanggan berpotensi. Pengguna boleh mencari perniagaan anda dengan hanya memasukkan kata kunci seperti nama, syarikat, kategori perniagaan, deskripsi perniagaan dan lokasi

Terima Rujukan Perniagaan

Anda berpeluang menerima rujukan perniagaan daripada ahli DONRIZZAD dan pelawat laman web. Dengan menjadi ahli DONRIZZAD, mereka dapat melihat profil syarikat, produk dan servis sesebuah perniagaan. Jika mereka berminat, mereka akan menghubungi anda. Anda juga boleh memberi rujukan perniagaan kepada ahli-ahli DONRIZZAD lain.

Penjejakan dan Analisis Perniagaan

Anda berpeluang untuk menganalisis rujukan perniagaan, dan mengetahui berapa jumlah pertanyaan diterima. Dengan menggunakan ciri utama penjejakan perniagaan, anda akan dapat menganalisa: Hasil diterima Rujukan diterima Pertanyaan diterima

Peluang Dana Pembiayaan

Jadilah antara yang pertama yang mengetahui maklumat peluang dana pembiayaan. Peluang yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan akan dimaklumkan di laman sesawang DONRIZZAD.

Rangkaian Perniagaan

Anda berpeluang untuk bekerjasama dengan para usahawan bagi menjana lebih banyak idea, projek dan peluang-peluang perniagaan.

Promosikan Acara Anda

Senaraikan acara anda di laman sesawang DONRIZZAD dan promosikannya kepada kumpulan sasaran yang betul.

E-Dagang

Rakan niaga DONRIZZAD, KedaiSeni.com ialah sebuah platform e-dagang. Bina e-store anda dan jual produk secara atas talian di KedaiSeni.com tanpa caj semasa

Trend Terkini ​

Layari senarai-senarai acara untuk mengetahui maklumat pasaran terkini seperti trend terkini, teknologi terbaru, dan lain-lain.

Biro DONRIZZAD

PENDIDIKAN

Menjalankan aktiviti, program dan pendidikan yang memanfaatkan ahli seperti bengkel dan latihan keusahawanan, ceramah dan seminar.

Ketua Biro Pendidikan

Kamaruddin M. Nordin

KOMUNITI

Mementingkan kesejahteraan dan keselamatan para ahli dari aspek kesenian dan kemasyarakatan, serta menguruskan hal-hal kebajikan.

Ketua Biro Komuniti

Khamarul Azhar Hashim

KEAHLIAN

Merancang strategi bagi menambah bilangan keahlian serta memastikan proses pendaftaran sebagai ahli mudah difahami, jelas dan berjalan dengan lancar.

Ketua Biro Keahlian

Mohamed Shahrin Samsudin

PERNIAGAAN

Melaksanakan pameran dan persidangan, melebarkan jaringan perniagaan, menambahkan peluang perniagaan dan silang niaga, serta bertindak sebagai pemudahcara.

Ketua Biro Perniagaan

Nik Erman Nik Roseli

HUBUNGI KAMI

Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DONRIZZAD.

Location

E-23-3A, Maxim Citylights, 511000 Jalan Sentul, Kuala Lumpur

Mail

admin [at] donrizzad.com

Phone

+60 11-1541 6009

[contact-form-7 id="86" title="Hubungi Kami"]